Friday, December 12, 2008

ari ku yang ke 25

~ aku tak datang kerja,hehehehe...tapi aku da diberi kebenaran oleh penyelia ku iaitu Abang Aman dan Kak Ina ~

Thursday, December 11, 2008

ari ku yang ke 24

~ cuti Hari Jadi Sultan Selangor ~

Wednesday, December 10, 2008

ari ku yang ke 23

ari nie aku hantar kerja aku yang da siap iaitu Rukun Negara kepada Abg Aman, aku dapat siapkan sehari sblm kerja itu harus dihantar....
mencari maklumat untuk klip tahu tak seperti gambar dan tajuk yang menarik seperti;
= kuku
= intan
= sardin

Tuesday, December 9, 2008

ari ku yang ke 22

ari ni aku eat pe jerk...erm...macam biasalah tiap2 minggu aku kena hantar tugas ku...
aku dah mendapat bahan yang lengkap untuk membuat 13 Mei : Rukun Negara...aku berjaya summarise kan dengan jayanya...huhuhu!!!!!!!!
aku juga mencari bahan untuk klip Tahu Tak iaitu Garam dan Piza
aku hantar 3 tajuk untuk masuk editing kepada k.ina iaitu
= siput babi
= lidah
= rama-rama

Monday, December 8, 2008

ari ku yang ke 21

xd pe2 cz cuti Raya Haji...maaf zahir dan batin

Friday, December 5, 2008

ari ku yang ke 20

ari nie aku bad mood skit ialah aku pening kpala n aku xleh balik kampung...argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku jadi si tanggang..................pening2 pown aku harus siapkan kerja.....au siapkan skrip tuk klip TAHU TAK dan siapkan tentang 13 MEI.......

Thursday, December 4, 2008

ari ku yang ke 19

mula aku cari maklumat tentang Majlis Pnerundingan Negara susah r...cari yang lain dapat lak yang lain...
kemudian aku cari tentang rukun negara iaitu berkaitan dengan MAGERAN...
sesi petang lak ada meeting dengan research department....dalam meeting 2 ada penambahan kerja iaitu tentang MAALHIJRAH, KRISMAS, SELAMAT HARI JADI MENTERI dan BINATANG PEMELIHARAAN.......mula2 aku kena berganding dengan E'E, memandangkan aku da pegang 3 segment so aku xyah berduet engan E'E.

Wednesday, December 3, 2008

ari ku yang ke 18

hari nie aku pagi2 lagi masuk editing untuk klip TAHU TAK bersama abang Young, minggu ni aku kena edit 5 klip,pada kebiasaannya 4 ajerk...antara klipnya ialah;
= BATU KARANG
= ATACAMA
= BOLA GOLF
= BERUANG KUTUB
= KUCING
Pastu plak aku ada editing lagi,kali nie dengan Abang Zaidi untuk edit klip BARAKAH. klip yang perlu diedit sebanyak 5 klip ugak.....
kul 3 petang plak aku masuk meeting dengan staf2 opis,meeting tentang TOWN HALL, diketuai oleh abg ZAINAL dan diturut serta dengan big bos FM PRODUCTION iaitu En.Firdaus.
selepas meeting TOWN HALL aku berjumpa dengan Abg Zaidi untuk briefing tentang BARAKAH.
pastu lagi aku masuk meeting dengan research department tuk berbincang tentang EPIK iaitu 13 MEI....

Tuesday, December 2, 2008

ari ku yang ke 17

mencari maklumat tentang rama2 dan gambarnya untuk dimasukkan kedalam klip TAHU TAK, pastu aku pergi jumpa abang young untuk preview klip BARAKAH dan TAHU TAK. Aku juga mencari maklumat tentang tapak sulaiman. untuk epik pula, aku sedang mencari bahan untuk pancasila Indonesia untuk dibandingkan dengan rukun negara. hari itu juga aku menghantar skrip kepada K.Ina untuk disemak dan skrip aku diluluskan. aku membuat voice over dengan K.Fiha sebanyak 5 klip.

Monday, December 1, 2008

ari ku yang ke 16

wah2...sedar tak sedar aku da melangkah ke bulan baru...
ari pertama pada bulan baru aku seperti biasa membuat kerja-kerjaku...
aku memcari maklumat tentang beruang dan kucing untuk aku muatkan dalam klip Tahu Tak.
aku juga mencari maklumat tentang MAJLIS PERUNGAN NEGARA, iaitu dibawah RUKUN NEGARA.
Aku juga telah menghantar 8 tajuk untuk klip TAHU TAK kepada k.ina iaitu
= BATU KARANG
= ATACAMA
= BOLA GOLF
= BERUANG KUTUB
= KUCING
= LIDAH
= SIPUT BABI
= TAPAK SULAIMAN
aku juga menghantar 5 tajuk untuk klip BARAKAH iaitu;
= MANGSA BENCANA
= SI TUKANG KASUT
= PEMUZIK JALANAN
= FOOD NOT BOOM
= RUMAH SAKIT GAWAT DARURAT